Seorang doktor di Amerika Serikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal pikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengobatan secara Islam dan dengan itu ia telah membuka sebuah klinik yang bernama "Pengobatan Melalui Al-Qur'an". Kajian pengobatan melalui Al-Qur'an membuat obat-obatannya berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuk berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu, akhirnya beliau mendapatkan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud ketika mengerjakan sholat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu saja. Ini bermaksud bahwa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sholat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sholat, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak sholat, apa lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Justru itu, tidak heranlah jika manusia ini kadang kala tidak segan-segan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahwa perkara yang akan dilakukan itu adalah bertentangan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak heran timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masa kini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil hikmah daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sedikit-dikit (setengah-setengah).